Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini saya terasa hidup saya semakin hidup.
Semakin hidup dengan masalah-masalah yang semakin mematangkan diri. Baru
terbina sikit jiwa ni, kalau tak, mesti lembik je macam sayur. (huh?)
UJIAN DEMI UJIAN
Dalam kehidupan ini memang banyak ujian. Namun yang
silapnya, kita selalu memandang ujian itu datang sebagai suatu bentuk kesusahan.
Misalnya kita nampak orang OKU, kita kata, “Kesian dia..hidup dia banyak
ujian..” atau orang miskin, atau apabila seseorang itu ditimpa musibah, dan
sebagainya.
Tapi kita lupa, ujian Allah kepada hamba-hamba yang
disayangi-Nya ini juga datang dalam bentuk kesenangan dan kebahagiaan. Inilah
yang bahayanya! Take note! Sebab, nikmat-nikmat sebegini sering kita anggap
sebagai sesuatu yang patut kita hargai, yalah, ini kan tanda kasih sayang Allah
kepada kita? Kita pegang jawatan Ketua Umum sekolah, (tinggi tu!) kita kata, “Allah
sayang aku”.. kita jadi johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan, kita kata “Allah
sayang aku.” Dan…kita sering mendapat tempat yang terhormat dalam kalangan
kawan-kawan dan cikgu-cikgu, pun kita katakan pada diri sendiri “Allah memang
sangat sayangkan aku.”
Na’udzubillahi min dzalik..semoga saya dan para pembaca
tidak tergolong dalam kumpulan SS (syok sendiri ) ini.
Sememangnya Allah bersifat Ar-Rahman (Maha Pemurah), dan
sememangnya Allah kurniakan kemurahan-Nya kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki-Nya. Tapi, alangkah bahagianya, kalau semua yang Allah bagi kepada kita
ni, Allah sertakan dengan kasih sayang-Nya, dalam sifat ar-Rahim-Nya (Maha
Penyayang).
NIKMAT JUGA UJIAN !
Sahabat, ketahuilah bahawa ujian itu datang dalam dua
bentuk, iaitu dalam bentuk nikmat dan musibah. Semoga apabila datang musibah
itu kepada kita, kita cepat kembali kepada Allah sebagai tempat pergantungan.
Dan semoga apabila datang nikmat itu kepada kita, kita cepat
tersedar bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah. NIKMAT ITU BUKAN MILIK
KITA PUN! Allah cuma pinjamkan sekejap je pada kita. Tak malu ke kita ni,
sebagai hamba-Nya, mengagung-agungkan nikmat yang bukan kita punya pun?
Setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji. Bukankah Allah sendiri berfirman
dalam surah al-ankabut ayat 2,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Kepada sahabat2, kenapa sedih apabila
diuji? Ujian kan tanda kasih sayang Allah terhadap kita? Tanda Allah masih
ingat kepada kita? Kalau antum kata antum beriman, nah, terimalah ujian
daripada Allah ini, ini hadiah daripada Allah kepada antum yang sedang melalui
fasa-fasa pemantapan iman. Semoga dengan ujian-ujian dalam hidup antum,
keimanan terhadap Allah semakin mantOpp.
Innallaha ma’ana. Juhd kabir ! J





No comments:
Post a Comment