Bismillahirrahmanirrahim. Post kali ni, saya bukannya nak
bercerita tentang cerita kanak2 tadika. Walaupun tajuknya sebegini rupa, tapi
sebenarnya saya nak bercerita tentang remaja. Go on reading!
Anda
tentu sudah mengenali dua ekor makhluk ciptaan Allah ni, bukan? Seekor nyamuk
yang mempunyai struktur tubuh yang kecil dan sering dipandang remeh ! Seekor beruang
pula, mempunyai badan yang sangat besar dan menggerunkan!
Bayangkan, ketika anda membaca blog saya sekarang ni, tiba2
ada seekor beruang menyerang masuk ke dalam rumah anda. (ok kita pergi ke dunia
kartun sekejap) Mestilah lari, kan? Laptop kesayangan pun dah tercampak entah
ke mana, sebab yg penting selamatkan diri dulu!!
Tapi kalau nyamuk yang kacau kita, selalunya kita tak kisah
sangat pun.. Halau cam tu je dan lepas tu sambung balik kerja.
Jadi mind set kita ni sebenarnya, takutkan benda yg besar2
je (yg kononnya lebih berbahaya) berbanding dengan benda2 yg kecil (ala, nyamuk
je kot!)
Tapi… cuba tengok, sekarang ni orang banyak mati sebab kena
baham beruang , atau sebab gigitan nyamuk? (Kalau pun kat Malaysia ni tak ada
beruang, tukarkanlah haiwan itu kepada harimau, pun boleh)
~Seperti yang kita tahu, nyamuk ni kan penyebar penyakit
Denggi dan Chikugunya..
Ok, apa kaitannya saya cerita panjang lebar tentang nyamuk
dan beruang ni ye.. bukan ke, semua orang dah tau?
Allah kurniakan kita akal fikiran untuk berfikir. Jadi kita
ambil analogi beruang dan nyamuk ni untuk dijadikan panduan dalam menjauhi
zina.
Allah berfirman dalam Al-Quran al-karim :
"DAN janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan."
(Al-Isra’ :
32)
Allah yang Maha Mengetahui kejadian ciptaan-Nya ini, sudah
pastilah mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya, maka Allah berfirman, “Dan
janganlah kamu menghampiri zina…” kerana Allah tahu, apabila kita sudah mulai DEKAT
dengan zina,susah untuk keluar daripada jebakan itu. Na’uzubillah! Jadi Allah dah
bagi warning awal-awal, untuk kesenangan kita juga nanti. Tak adalah kita
terperangkap dalam rancangan syaitan.
“Cool bro.. mesej je, suka-suka, tukar2 khabar. Jumpa pun jarak
1 meter la weh.. Islamik kot.”
Satu alasan yang klise.
Inilah jarum syaitan yang halus, sama seperti nyamuk kecil
yang dianggap tidak berbahaya tadi. Syaitan main peranan menghasut minda kita, “Benda
kecil je ni.. takkanlah bawa kepada maksiat.” Padahal, kita tak sedar pun,
sebenarnya benda remeh temeh macam ni boleh membawa perkara yang sangat
berbahaya, mana taknya, lama-lama nafsu juga yang menguasai diri. Kalau tak, kenapa Allah berfirman, “Dan jangan kamu hampiri zina..”?
Kenapa tak “Jangan kamu berzina..” Fikir-fikirkanlah.
Sedarkah kita semua yang rapuh imannya ini, bahawa syaitan
itu sungguh licik memperdaya kita? Segala yang mungkar itu dihias-hias menjadi
cantik-cantik belaka. Seperti beruang yang sangat menggerunkan tadi, cubalah dihias-hias
menjadi teddy bear yang sangat comel, mesti kita suka, kan? Bijaknya syaitan
menipu kita. Padahal teddy bear itu seekor haiwan yang bengis pada mulanya. Beruang
itu tetap berbahaya, cuma pada pandangan kita, “Alahai, comelnya..”
Satu
pesanan buat diri saya dan anda semua, “Mencegah itu lebih baik daripada
merawat.”





No comments:
Post a Comment