Aku mohon engkau bersabar, tapi tidak cukup dengan itu. Engkau harus banyak bermujahadah. Jalan ini memang perit. Mendekatkan diri kepada Allah itu pada waktu hatimu dicuri oleh dia, memang perit. Bagaimana aku tahu ?
AKU JUGA PERNAH MELALUINYA, sahabat..
AKU JUGA PERNAH MELALUINYA, sahabat..
Sejujurnya, aku perasan perubahan pada dirimu semenjak akhir-akhir ini. Tetapi aku diamkan sahaja, sehinggalah engkau yang membuka segala-galanya kepadaku. Malam itu, aku ingat, kau meminta aku membimbingmu. Kau menangis di hadapanku. Masih jelas dalam memoriku.
Seperti yang aku beritahu padamu, ujian yang kau lalui ini, aku juga pernah laluinya dalam hidup aku, beberapa detik waktu dahulu. Aku faham benar isi hatimu. Ketika gambaran wajahnya sering berada di mana-mana sahaja engkau berada. Ketika perasaanmu kepada dia melebihi segala-galanya. Ketika segala kelebihannya engkau besar-besarkan. Ketika kau rasakan kelompongan jika sehari, tidak berjumpa dengan dia. Ketika kau rasa seperti mahu meluahkan segala-galanya kepada dia !

Syukur kerana aku pada satu masa dahulu, disedarkan oleh banyak orang. Disedarkan oleh insan-insan yang tak lelah mentarbiah.
Kini aku risau dengan dirimu, sahabat. Ingatlah sahabat, hatimu merasakan bahawa engkau mencintai dia. Ingat,, hatimu milik siapa?
HATIMU MILIK ALLAH...
Dia yang berhak membolak-balikkan hatimu. Jadi berdoalah kepada Allah, agar hatimu sentiasa dipelihara. Aku sentiasa mendoakan engkau, sahabat.
Amanahmu, supaya aku membimbingmu saat ini, kuakui berat !
Tersentak aku kadang-kala, sebenarnya aku lebih-lebih lagi perlu banyak bermujahadah...
Tersentak aku kadang-kala, sebenarnya aku lebih-lebih lagi perlu banyak bermujahadah...

No comments:
Post a Comment