-->

Tinta Hati

"Katakanlah (Muhammad), seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." (Al-Kahfi : 109)

Saturday, July 14, 2012

Nikmat, Ujian?


Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini saya terasa hidup saya semakin hidup. Semakin hidup dengan masalah-masalah yang semakin mematangkan diri. Baru terbina sikit jiwa ni, kalau tak, mesti lembik je macam sayur. (huh?)

UJIAN DEMI UJIAN

Dalam kehidupan ini memang banyak ujian. Namun yang silapnya, kita selalu memandang ujian itu datang sebagai suatu bentuk kesusahan. Misalnya kita nampak orang OKU, kita kata, “Kesian dia..hidup dia banyak ujian..” atau orang miskin, atau apabila seseorang itu ditimpa musibah, dan sebagainya.

Tapi kita lupa, ujian Allah kepada hamba-hamba yang disayangi-Nya ini juga datang dalam bentuk kesenangan dan kebahagiaan. Inilah yang bahayanya! Take note! Sebab, nikmat-nikmat sebegini sering kita anggap sebagai sesuatu yang patut kita hargai, yalah, ini kan tanda kasih sayang Allah kepada kita? Kita pegang jawatan Ketua Umum sekolah, (tinggi tu!) kita kata, “Allah sayang aku”.. kita jadi johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan, kita kata “Allah sayang aku.” Dan…kita sering mendapat tempat yang terhormat dalam kalangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu, pun kita katakan pada diri sendiri “Allah memang sangat sayangkan aku.”

Na’udzubillahi min dzalik..semoga saya dan para pembaca tidak tergolong dalam kumpulan SS (syok sendiri ) ini.

Sememangnya Allah bersifat Ar-Rahman (Maha Pemurah), dan sememangnya Allah kurniakan kemurahan-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Tapi, alangkah bahagianya, kalau semua yang Allah bagi kepada kita ni, Allah sertakan dengan kasih sayang-Nya, dalam sifat ar-Rahim-Nya (Maha Penyayang).

NIKMAT JUGA UJIAN !

Sahabat, ketahuilah bahawa ujian itu datang dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk nikmat dan musibah. Semoga apabila datang musibah itu kepada kita, kita cepat kembali kepada Allah sebagai tempat pergantungan.

Dan semoga apabila datang nikmat itu kepada kita, kita cepat tersedar bahawa nikmat itu datangnya daripada Allah. NIKMAT ITU BUKAN MILIK KITA PUN! Allah cuma pinjamkan sekejap je pada kita. Tak malu ke kita ni, sebagai hamba-Nya, mengagung-agungkan nikmat yang bukan kita punya pun?

Setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji. Bukankah Allah sendiri berfirman dalam surah al-ankabut ayat 2,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"


Kepada sahabat2, kenapa sedih apabila diuji? Ujian kan tanda kasih sayang Allah terhadap kita? Tanda Allah masih ingat kepada kita? Kalau antum kata antum beriman, nah, terimalah ujian daripada Allah ini, ini hadiah daripada Allah kepada antum yang sedang melalui fasa-fasa pemantapan iman. Semoga dengan ujian-ujian dalam hidup antum, keimanan terhadap Allah semakin mantOpp.
Innallaha ma’ana. Juhd kabir ! J


Posted by Marwa Safiyyah at 7:53 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 7, 2012

The Mosquito and The Beast



Bismillahirrahmanirrahim. Post kali ni, saya bukannya nak bercerita tentang cerita kanak2 tadika. Walaupun tajuknya sebegini rupa, tapi sebenarnya saya nak bercerita tentang remaja. Go on reading!

                Anda tentu sudah mengenali dua ekor makhluk ciptaan Allah ni, bukan? Seekor nyamuk yang mempunyai struktur tubuh yang kecil dan sering dipandang remeh ! Seekor beruang pula, mempunyai badan yang sangat besar dan menggerunkan!
Bayangkan, ketika anda membaca blog saya sekarang ni, tiba2 ada seekor beruang menyerang masuk ke dalam rumah anda. (ok kita pergi ke dunia kartun sekejap) Mestilah lari, kan? Laptop kesayangan pun dah tercampak entah ke mana, sebab yg penting selamatkan diri dulu!!

Tapi kalau nyamuk yang kacau kita, selalunya kita tak kisah sangat pun.. Halau cam tu je dan lepas tu sambung balik kerja.
Jadi mind set kita ni sebenarnya, takutkan benda yg besar2 je (yg kononnya lebih berbahaya) berbanding dengan benda2 yg kecil (ala, nyamuk je kot!)
Tapi… cuba tengok, sekarang ni orang banyak mati sebab kena baham beruang , atau sebab gigitan nyamuk? (Kalau pun kat Malaysia ni tak ada beruang, tukarkanlah haiwan itu kepada harimau, pun boleh)

~Seperti yang kita tahu, nyamuk ni kan penyebar penyakit Denggi dan Chikugunya..

Ok, apa kaitannya saya cerita panjang lebar tentang nyamuk dan beruang ni ye.. bukan ke, semua orang dah tau?

Allah kurniakan kita akal fikiran untuk berfikir. Jadi kita ambil analogi beruang dan nyamuk ni untuk dijadikan panduan dalam menjauhi zina.
Allah berfirman dalam Al-Quran al-karim :

"DAN 
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan  keji dan satu  jalan yang jahat yang membawa kerosakan."
(Al-Isra’ : 32)

Allah yang Maha Mengetahui kejadian ciptaan-Nya ini, sudah pastilah mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya, maka Allah berfirman, “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” kerana Allah tahu, apabila kita sudah mulai DEKAT dengan zina,susah untuk keluar daripada jebakan itu. Na’uzubillah! Jadi Allah dah bagi warning awal-awal, untuk kesenangan kita juga nanti. Tak adalah kita terperangkap dalam rancangan syaitan.

“Cool bro.. mesej je, suka-suka, tukar2 khabar. Jumpa pun jarak 1 meter la weh.. Islamik kot.”
Satu alasan yang klise.

Inilah jarum syaitan yang halus, sama seperti nyamuk kecil yang dianggap tidak berbahaya tadi. Syaitan main peranan menghasut minda kita, “Benda kecil je ni.. takkanlah bawa kepada maksiat.” Padahal, kita tak sedar pun, sebenarnya benda remeh temeh macam ni boleh membawa perkara yang sangat berbahaya, mana taknya, lama-lama nafsu juga yang menguasai diri. Kalau tak, kenapa Allah berfirman, “Dan jangan kamu hampiri zina..”? Kenapa tak “Jangan kamu berzina..” Fikir-fikirkanlah.

Sedarkah kita semua yang rapuh imannya ini, bahawa syaitan itu sungguh licik memperdaya kita? Segala yang mungkar itu dihias-hias menjadi cantik-cantik belaka. Seperti beruang yang sangat menggerunkan tadi, cubalah dihias-hias menjadi teddy bear yang sangat comel, mesti kita suka, kan? Bijaknya syaitan menipu kita. Padahal teddy bear itu seekor haiwan yang bengis pada mulanya. Beruang itu tetap berbahaya, cuma pada pandangan kita, “Alahai, comelnya..”

                Satu pesanan buat diri saya dan anda semua, “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”
Posted by Marwa Safiyyah at 9:03 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, March 16, 2012






Kadang-kadang, terasa penat. Hidup penuh dengan 'macam-macam.' Biasalah, manusia. Ingatlah Allah !
He's always there for you. So sweet :)


Posted by Marwa Safiyyah at 10:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, February 3, 2012


Mengintai di Sebalik Tabir Hikmah

Di tengah keramaian itu, aku memandang sekeliling. Pandanganku kosong. Tak nampak apa-apa. Di tengah riuh suasana yang membingit, terasa aku keseorangan. Benar-benar jiwaku tiada isi.

Kosong.

Kerana dia telah pergi. Matahariku telah menghilang. Telah terpisah dua jasad yang selama ini berkongsi satu jiwa. Ya Allah, aku benar-benar teruji !

MUHASABAH

Saat dia hadir di sisi, terasa bagai dia kita yang punya. Tawa cerianya menghidupkan hari-hari kita, memujuk jiwa lara tika kecundang. Dia insan istimewa yang Allah kirimkan buat kita, dialah SAHABAT.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Selama bertahun-tahun dia Allah pinjamkan ke dalam hidup kita, pernah kita terfikir yang dia Allah yang punya? Bukan kita yang punya. Pernah kita bersyukur kepada Allah yang telah mempertemukan kita dengan dia? Pernah tak terfikir, bila-bila masa sahaja Allah berkuasa memisahkan dua jasad ini? Allah yang telah mengatur segala-galanya.

Berbaliklah kepada Allah. Maka, itulah pentingnya konsep ukhwah kerana Allah.

Renung-renungkan kembali, kita berukhwah kerana Allah…atau kerana sahabat kita itu?

Hati-hati yang mencintai Allah akan sentiasa dahagakan redha-Nya. Jalinan suci antara mereka diikat dengan cinta kepada Allah. Kerana cinta kepada Allah, ikatan itu jadi semakin kuat. Kenapa? Sebab Allah sumber segala kekuatan. Sebab Allah pencipta cinta yang hadir dalam hati-hati mereka.

YA UKHTI, IKATAN KITA IALAH ALLAH

Baru-baru ni buka facebook je, isu yang sama ulang-alik terpapar di status masing-masing. Biasalah, batch IRUSE kan…

Temanya ialah perpindahan pelajar-pelajar tingkatan 4 (yang dapat tawaran ke SBP).. Memang tak dinafikan, susah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang…kalau jauh terbenam dalam perasaan sendiri, melankonik sungguh rasanya. Tapi, kita ini pernah tak terfikir, mungkin dengan pengaturan-Nya ini, Allah sebenarnya sedang menguji ukhwah kita?

Sejauh mana kita hayati lafaz yang sering kita julang, “Uhibbukifillah” yang maksudnya “aku mencintaimu kerana Allah” ?

Hati-hati yang telah menghidupkan lafaz tersebut pasti akan kuat ikatannya.

Apabila dia jatuh, sahabatnya pasti akan menghulurkan tangannya. Apabila dia bengkok, sahabatnya pasti akan meluruskannya.

(Pinjam ayat-ayat Hilal Asyraf sikit.)

Siapa tahu, dengan perpisahan dua jasad itu, hati-hati mereka jadi semakin dekat ? Kalau benar ukhwah kerana Allah, kekuatan cinta dan rasa kasih itu membimbing kita hingga ke syurga-Nya, ameen… =)

Betul kan, segalanya indah kerana Allah…


Posted by Marwa Safiyyah at 8:06 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 9, 2012


Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini ?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah ?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka


p/s : You have to endure caterpillars if you want to see the butterflies.
(Antoine De Saint)

Posted by Marwa Safiyyah at 1:09 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

(~.^)

(~.^)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  June (1)
  • ▼  2012 (5)
    • ▼  July (1)
      • Nikmat, Ujian?
    • ►  April (1)
      • The Mosquito and The Beast
    • ►  March (1)
      • Kadang-kadang, terasa penat. Hidup penuh dengan 'm...
    • ►  February (1)
      • Mengintai di Sebalik Tabir Hikmah ...
    • ►  January (1)
      • Berapakah sebenarnya harga remajayang bersihdari g...
  • ►  2011 (4)
    • ►  December (4)

AkhOwat..(~.^)

  • ..........MUJAHIDAH SOLEHAH..........
    Ayat-ayat cinta,ada sesuatu disebaliknya.
    13 years ago
  • BINTANG DALAM ISLAM
    SUMATIF 2
    13 years ago
  • Forever Connected :)

Sebarkan ukhwah

  • " Selamat Tinggal "
    Sendiri Ku Diam
    9 years ago
  • :: Smile To The Sky ::
  • ~A Step Closer To ALLAH~
    Towards attaining and accessing the "door" of rizq
    9 years ago
  • Adakah Kita Kisah
    Tokoh qudama’; lihatlah pada mereka
    11 years ago
  • Allah Loves Finder
  • HanyaSitiKhadijah
    The Power of Redho
    9 years ago
  • Jihad Fi SabiLiLLah
  • Life's Like That
    Repair? Repeat?
    9 years ago
  • Mawar Mujaheedah...
    Masa Depan
    9 years ago
  • MUJAHEEDAH SEORANG GADIS
  • Sekadar Berkongsi Cerita
    Sketsa
    12 years ago
  • Tinta Hikmah
    Apakah masih ada cahayanya untukku?
    12 years ago
  • ✿ Bicara H@mba ✿
    Percayailah Yang Terbaik
    11 years ago

About Me

My photo
Marwa Safiyyah
Seremban, N9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Anda dan saya, jom kongsi makanan rohani ! Pelajar di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. SPM 2013 striver and mardhatillah seeker. :)
View my complete profile
@TINTA HATI@