Di tengah keramaian itu, aku memandang sekeliling. Pandanganku kosong. Tak nampak apa-apa. Di tengah riuh suasana yang membingit, terasa aku keseorangan. Benar-benar jiwaku tiada isi.
Kosong.
Kerana dia telah pergi. Matahariku telah menghilang. Telah terpisah dua jasad yang selama ini berkongsi satu jiwa. Ya Allah, aku benar-benar teruji !
MUHASABAH
Saat dia hadir di sisi, terasa bagai dia kita yang punya. Tawa cerianya menghidupkan hari-hari kita, memujuk jiwa lara tika kecundang. Dia insan istimewa yang Allah kirimkan buat kita, dialah SAHABAT.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Selama bertahun-tahun dia Allah pinjamkan ke dalam hidup kita, pernah kita terfikir yang dia Allah yang punya? Bukan kita yang punya. Pernah kita bersyukur kepada Allah yang telah mempertemukan kita dengan dia? Pernah tak terfikir, bila-bila masa sahaja Allah berkuasa memisahkan dua jasad ini? Allah yang telah mengatur segala-galanya.
Berbaliklah kepada Allah. Maka, itulah pentingnya konsep ukhwah kerana Allah.
Renung-renungkan kembali, kita berukhwah kerana Allah…atau kerana sahabat kita itu?
Hati-hati yang mencintai Allah akan sentiasa dahagakan redha-Nya. Jalinan suci antara mereka diikat dengan cinta kepada Allah. Kerana cinta kepada Allah, ikatan itu jadi semakin kuat. Kenapa? Sebab Allah sumber segala kekuatan. Sebab Allah pencipta cinta yang hadir dalam hati-hati mereka.
YA UKHTI, IKATAN KITA IALAH ALLAH
Baru-baru ni buka facebook je, isu yang sama ulang-alik terpapar di status masing-masing. Biasalah, batch IRUSE kan…
Temanya ialah perpindahan pelajar-pelajar tingkatan 4 (yang dapat tawaran ke SBP).. Memang tak dinafikan, susah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang…kalau jauh terbenam dalam perasaan sendiri, melankonik sungguh rasanya. Tapi, kita ini pernah tak terfikir, mungkin dengan pengaturan-Nya ini, Allah sebenarnya sedang menguji ukhwah kita?
Sejauh mana kita hayati lafaz yang sering kita julang, “Uhibbukifillah” yang maksudnya “aku mencintaimu kerana Allah” ?
Hati-hati yang telah menghidupkan lafaz tersebut pasti akan kuat ikatannya.
Apabila dia jatuh, sahabatnya pasti akan menghulurkan tangannya. Apabila dia bengkok, sahabatnya pasti akan meluruskannya.
(Pinjam ayat-ayat Hilal Asyraf sikit.)
Siapa tahu, dengan perpisahan dua jasad itu, hati-hati mereka jadi semakin dekat ? Kalau benar ukhwah kerana Allah, kekuatan cinta dan rasa kasih itu membimbing kita hingga ke syurga-Nya, ameen… =)
Betul kan, segalanya indah kerana Allah…




No comments:
Post a Comment