-->

Tinta Hati

"Katakanlah (Muhammad), seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." (Al-Kahfi : 109)

Friday, December 16, 2011

F.I.T.N.A.H.


Pandanganku lekat pada kipas yang berputar perlahan di siling. Meski kantuk, mata tidak terdaya untuk pejam. Tiada hati hendak tidur. Meski katil empuk menggoda untuk menawarkan mimpi indah, perasaan bimbang dan kecewa yang lebih menguasai diri. Fikiran melayang pada mesej yang kukirim pada sahabat petang tadi.

“Assalamualaikum, lama kau tak tegur aku di facebook.” Ya Allah, hanya Engkau yang tahu betapa aku sangat merindui sahabatku yang seorang ini. Butang ‘send’ ditekan.

Tiga tahun. Suatu tempoh yang sangat panjang dalam penantian dan rindu pun sudah hebat bercambah di dalam hati. Sudah tiga tahun alam sekolah rendah ditinggalkan. Tiga tahun juga aku dan dia terpisah.

Beep. Beep. Satu mesej baru masuk. “Aku dah tak layak bersahabat dengan kau. Sekarang kau dah bertudung labuh, sedangkan aku pakai shawl. Belit sana, belit sini. Cuba bandingkan pakaian kau dan aku. Macam langit dengan bumi. Itu pun dah menunjukkan yang kita memang dah tak layak bersahabat.”

Dup!

Terasa jantungku bagai direnggut ganas. Mataku buntang. Kukelip mata berkali-kali. Tidak percaya.

Oh, sahabatku sayang ! Rupanya itu penyebab engkau menjauhkan diri daripadaku selama ini? Hanya kerana sehelai tudung? Ah, kau membuat aku bingung. Jadi, tudunglah yang memutuskan simpulan ukhwah kita? Oh, begitukah?

Malam itu aku merenung diri sendiri pada cermin muhasabah. Terpantul diriku sendiri dalam hijab pilihanku, tudung labuh.

‘Tidak kusangka dirimu menjadi fitnah dalam hubungan suci ini.’ Hatiku hiba tiba-tiba. Mengenang nasib malang sehelai tudung labuh.

Oh, sahabat ! Aku sama sekali tidak menyalahkan dirimu. Jauh sekali berburuk sangka. Bagaimana harus aku terangkan kepadamu agar engkau mengerti? Bahawa aku tiada niat mengadakan jurang antara kita dengan berpakaian sebegini.

Sungguh, engkau telah salah menilaiku.

Atau…

Atau aku yang salah menilai diriku sendiri?

Fikiranku disentap tiba-tiba. Teringat akan sesuatu. Lantas mengangkat badan dari katil yang empuk lalu bergegas ke rak comel di sebelah meja tulis. Terdapat ruang simpanan surat-surat dan kad pada rak itu. Apa yang diingini kini sudah berada di depan mata. Satu kecaman hebat buat diriku. Pandangan kesal menyeluruhi lambakan surat-surat dan tiga keeping kad jemputan hari lahir daripada sahabatku yang seorang itu. Entah berapa lama kiriman-kiriman itu kubiar sepi tanpa jawapan.

Perlahan-lahan hati membuat pengakuan yang pahit untuk ditelan. Aku hanyut dengan alam sekolah menengah yang sibuk. Lagi-lagi aku pelajar asrama. Jarang aku dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat lama. Terlalu sibuk dengan kuliah adik-adik Tingkatan Satu, Liqa’ nuqaba’, ketua pelajar dan batch, lambakan surah-surah yang belum dihafaz (takut kantoi masa tasmi’), juga gotong-royong itu dan ini. Itu tak termasuk laporan BADAR yang aku perlu sediakan setiap minggu, tugasan individu dan kumpulan, kerja kursus (yang tak terusik sedikit pun), juga misi mempertahankan rekod 9 A dalam peperiksaan PMR yang akan datang.

Berfikir tentang sahabat lama? Maaflah, tiada masa untuk itu.

Sudah terlanjur aku hanyut dalam dunia sekolah menengahku. Kesal mendadak timbul di dalam hati. Memang aku terlalu sibuk akhir-akhir ini, namun tiada niat langsung hendak menjauhinya kerana perbezaan tudung atau pakaian. Aku mulai sedar, dengan perubahan imej bertudung labuh seperti ini, dan sentiasa tidak punya kesempatan untuk meluangkan masa bersama dia, memang dia sepatutnya jauh hati denganku. Berkecil hati denganku. Berprasangka dengan tudung ini.

Bukan, bukan mereka yang menjauhi aku kerana tudung labuh ini.

Namun,

Akulah yang menjauhi mereka kerana tudung labuh ini. Tanpa aku menyedarinya.

Akulah yang terlebih dahulu meletakkan tudung labuh ini di dalam fitnah!

p/s : Cerita ini diubah suai daripada kisah seorang sahabat saya. Sekadar satu coretan ringkas buat membingkis satu mesej daripada hati. Hakikatnya ramai dalam kalangan masyarakat memandang wanita-wanita yang bertudung labuh daripada perspektif yang negatif. Kepada kawan-kawan muslimat di SHAMS (atau pelajar sekolah agama) , atau yang bertudung labuh khususnya, kita lihat diri kita semula. Adakah kita salah seorang yang telah meletakkan tudung labuh ini di dalam fitnah? Kita rasa seperti tiada apa-apa, tapi masyarakat di luar bagaimana?

Posted by Marwa Safiyyah at 4:30 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: renungan

1 comment:

  1. AishahDecember 16, 2011 at 8:12 AM

    Coretan yang ringkas tetapi mempunyai mesej yang tersendiri.. Sesuai dibaca oleh muslimah khusunya yang bertudung labuh. Nice try! As a good friend,I will always support you..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

(~.^)

(~.^)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  July (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (4)
    • ▼  December (4)
      • Tiga Darab Lapan, 23 !
      • Pertandingan Video Osem APG '11: Best Friend Till ...
      • Air Tangan Orang yang Tak Solat
      • F.I.T.N.A.H.

AkhOwat..(~.^)

  • ..........MUJAHIDAH SOLEHAH..........
    Ayat-ayat cinta,ada sesuatu disebaliknya.
    13 years ago
  • BINTANG DALAM ISLAM
    SUMATIF 2
    13 years ago
  • Forever Connected :)

Sebarkan ukhwah

  • " Selamat Tinggal "
    Sendiri Ku Diam
    9 years ago
  • :: Smile To The Sky ::
  • ~A Step Closer To ALLAH~
    Towards attaining and accessing the "door" of rizq
    9 years ago
  • Adakah Kita Kisah
    Tokoh qudama’; lihatlah pada mereka
    11 years ago
  • Allah Loves Finder
  • HanyaSitiKhadijah
    The Power of Redho
    9 years ago
  • Jihad Fi SabiLiLLah
  • Life's Like That
    Repair? Repeat?
    9 years ago
  • Mawar Mujaheedah...
    Masa Depan
    9 years ago
  • MUJAHEEDAH SEORANG GADIS
  • Sekadar Berkongsi Cerita
    Sketsa
    12 years ago
  • Tinta Hikmah
    Apakah masih ada cahayanya untukku?
    12 years ago
  • ✿ Bicara H@mba ✿
    Percayailah Yang Terbaik
    11 years ago

About Me

My photo
Marwa Safiyyah
Seremban, N9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Anda dan saya, jom kongsi makanan rohani ! Pelajar di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. SPM 2013 striver and mardhatillah seeker. :)
View my complete profile
@TINTA HATI@