Sebelum apa-apa, saya ingin bertanya. Apa makanan kegemaran anda?
>> Emm, mestilah masakan ibu saya ! Masakan ibu sayalah yang paaaaaling sedap di dunia ini ! Yum2 ^^ Air tangan ibulah katakan…
Saya pasti, memang ada jawapan stereotaip sebegitu jika ditanya kepada sahabat-sahabat.
>> Jadi, apa kaitannya dengan tajuk..?
Sebenarnya tadi saya jumpa sebuah kisah yang sangat menarik di Facebook. Jadi, boleh saya pinjam mata anda sebentar demi menyelesaikan persoalan itu? Selamat membaca ! ^__^
***
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi, yang sudah tentu salah satu daripada anggota badan orang itu.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
***
Mesej?
Pernah tak terfikir, kenapa air tangan ibu kita sangat sedap di lidah kita? Dalam satu kem motivasi, saya diberitahu seorang ibu selalunya memasak dengan penuh kasih sayang, untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Jadi, keikhlasan itulah yang menjadi penambah perisa bagi masakan yang dimasaknya.
Cuba fikir…
Lagi bertambah sedapnya makanan itu kalau digaul sebati dengan keberkatan air tangan si tukang masak .
Jadi, mesej paling penting buat diri saya dan mereka yang sering lupa, jagalah solat kerana solat itu tiang agama. Bayangkan air bumbung orang yang tidak solat pun sangat hina di sisi Allah, inikan lagi air tangan yang akan menitik ke dalam basuhan makanan (seperti nasi, sayur, ikan, dan sebagainya). Itu analoginya.
Salam mujahadah buat diri saya dan anda semua ! (^ , ^)




No comments:
Post a Comment