-->

Tinta Hati

"Katakanlah (Muhammad), seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula." (Al-Kahfi : 109)

Saturday, April 7, 2012

The Mosquito and The Beast



Bismillahirrahmanirrahim. Post kali ni, saya bukannya nak bercerita tentang cerita kanak2 tadika. Walaupun tajuknya sebegini rupa, tapi sebenarnya saya nak bercerita tentang remaja. Go on reading!

                Anda tentu sudah mengenali dua ekor makhluk ciptaan Allah ni, bukan? Seekor nyamuk yang mempunyai struktur tubuh yang kecil dan sering dipandang remeh ! Seekor beruang pula, mempunyai badan yang sangat besar dan menggerunkan!
Bayangkan, ketika anda membaca blog saya sekarang ni, tiba2 ada seekor beruang menyerang masuk ke dalam rumah anda. (ok kita pergi ke dunia kartun sekejap) Mestilah lari, kan? Laptop kesayangan pun dah tercampak entah ke mana, sebab yg penting selamatkan diri dulu!!

Tapi kalau nyamuk yang kacau kita, selalunya kita tak kisah sangat pun.. Halau cam tu je dan lepas tu sambung balik kerja.
Jadi mind set kita ni sebenarnya, takutkan benda yg besar2 je (yg kononnya lebih berbahaya) berbanding dengan benda2 yg kecil (ala, nyamuk je kot!)
Tapi… cuba tengok, sekarang ni orang banyak mati sebab kena baham beruang , atau sebab gigitan nyamuk? (Kalau pun kat Malaysia ni tak ada beruang, tukarkanlah haiwan itu kepada harimau, pun boleh)

~Seperti yang kita tahu, nyamuk ni kan penyebar penyakit Denggi dan Chikugunya..

Ok, apa kaitannya saya cerita panjang lebar tentang nyamuk dan beruang ni ye.. bukan ke, semua orang dah tau?

Allah kurniakan kita akal fikiran untuk berfikir. Jadi kita ambil analogi beruang dan nyamuk ni untuk dijadikan panduan dalam menjauhi zina.
Allah berfirman dalam Al-Quran al-karim :

"DAN 
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan  keji dan satu  jalan yang jahat yang membawa kerosakan."
(Al-Isra’ : 32)

Allah yang Maha Mengetahui kejadian ciptaan-Nya ini, sudah pastilah mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya, maka Allah berfirman, “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” kerana Allah tahu, apabila kita sudah mulai DEKAT dengan zina,susah untuk keluar daripada jebakan itu. Na’uzubillah! Jadi Allah dah bagi warning awal-awal, untuk kesenangan kita juga nanti. Tak adalah kita terperangkap dalam rancangan syaitan.

“Cool bro.. mesej je, suka-suka, tukar2 khabar. Jumpa pun jarak 1 meter la weh.. Islamik kot.”
Satu alasan yang klise.

Inilah jarum syaitan yang halus, sama seperti nyamuk kecil yang dianggap tidak berbahaya tadi. Syaitan main peranan menghasut minda kita, “Benda kecil je ni.. takkanlah bawa kepada maksiat.” Padahal, kita tak sedar pun, sebenarnya benda remeh temeh macam ni boleh membawa perkara yang sangat berbahaya, mana taknya, lama-lama nafsu juga yang menguasai diri. Kalau tak, kenapa Allah berfirman, “Dan jangan kamu hampiri zina..”? Kenapa tak “Jangan kamu berzina..” Fikir-fikirkanlah.

Sedarkah kita semua yang rapuh imannya ini, bahawa syaitan itu sungguh licik memperdaya kita? Segala yang mungkar itu dihias-hias menjadi cantik-cantik belaka. Seperti beruang yang sangat menggerunkan tadi, cubalah dihias-hias menjadi teddy bear yang sangat comel, mesti kita suka, kan? Bijaknya syaitan menipu kita. Padahal teddy bear itu seekor haiwan yang bengis pada mulanya. Beruang itu tetap berbahaya, cuma pada pandangan kita, “Alahai, comelnya..”

                Satu pesanan buat diri saya dan anda semua, “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”
Posted by Marwa Safiyyah at 9:03 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

(~.^)

(~.^)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  June (1)
  • ▼  2012 (5)
    • ►  July (1)
    • ▼  April (1)
      • The Mosquito and The Beast
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (4)
    • ►  December (4)

AkhOwat..(~.^)

  • ..........MUJAHIDAH SOLEHAH..........
    Ayat-ayat cinta,ada sesuatu disebaliknya.
    13 years ago
  • BINTANG DALAM ISLAM
    SUMATIF 2
    13 years ago
  • Forever Connected :)

Sebarkan ukhwah

  • " Selamat Tinggal "
    Sendiri Ku Diam
    9 years ago
  • :: Smile To The Sky ::
  • ~A Step Closer To ALLAH~
    Towards attaining and accessing the "door" of rizq
    9 years ago
  • Adakah Kita Kisah
    Tokoh qudama’; lihatlah pada mereka
    11 years ago
  • Allah Loves Finder
  • HanyaSitiKhadijah
    The Power of Redho
    9 years ago
  • Jihad Fi SabiLiLLah
  • Life's Like That
    Repair? Repeat?
    9 years ago
  • Mawar Mujaheedah...
    Masa Depan
    9 years ago
  • MUJAHEEDAH SEORANG GADIS
  • Sekadar Berkongsi Cerita
    Sketsa
    12 years ago
  • Tinta Hikmah
    Apakah masih ada cahayanya untukku?
    12 years ago
  • ✿ Bicara H@mba ✿
    Percayailah Yang Terbaik
    11 years ago

About Me

My photo
Marwa Safiyyah
Seremban, N9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Anda dan saya, jom kongsi makanan rohani ! Pelajar di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. SPM 2013 striver and mardhatillah seeker. :)
View my complete profile
@TINTA HATI@